BUDAYA

Pengenalan : Seni dan budaya Melayu merupakan warisan bangsa kita yang cukup tinggi nilainya. Sudah terhasil sejak sekian lama, sekaligus membuktikan bahawa bangsa ini sudah sedia bertamadun di rantau ini. Satu bangsa yang terkenal dengan budaya, adat resam dan peradabannya yang sentiasa terjaga sejak turun temurun.

Hari ini orang Melayu sudah bertebaran di seluruh pelusuk dunia, sama ada merantau atas urusan pekerjaan, perniagaan mahu pun atas urusan pendidikan.



Langkah : sebagai anak Melayu yang kasihkan pada budayanya, adalah wajar mewarisi dan melestarikan seni dan budaya kita sendiri agar warisan ini tidak luput ditelan zaman. Tambahan pula pada mereka yang merantau jauh dari tanah air tercinta, seharusnya membawa budaya kita bersama kerana itulah identiti kita.

Adab sopan, kehalusan budi, seni dan budaya yang tersedia ada ini merupakan wajah dan rupa kita yang sebenar. Melambangkan dari mana usul kita.

Peranan : sekiranya di mana sahaja kita berada dan kita tetap mengekalkan peradaban sambil memperkenalkan budaya kita, masyarakat luar negara akan pasti menghormati dan tertarik untuk mengenali diri kita serta tanah air kita secara lebih dekat.


PERSATUAN SENI DAN BUDAYA 
WARISAN MELAYU JAWI

WarisAlam merupakan sebuah Pertubuhan NGO yang bergerak giat mempromosikan Seni dan Budaya Melayu agar kembali menjadi amalan baik masyarakat Melayu terutamanya diperingkat remaja. WarisAlam turut berjaya mengendalikan pelbagai program budaya bersama Kementerian, Pusat Pengajian Tinggi dalam menganjurkan Pameran dan Persembahan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Portfolio terbaik WarisAlam adalah menganjurkan program bersama : Kembara ‘Jejak Warisan Jawi’ ke 7 buah negara dengan kenderaan pacuan 4 roda selama 25 hari dari Malaysia ke Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar sehingga ke China meliputi pelbagai program kajian sejarah, persembahan seni budaya, menghulur bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada penduduk Melayu Islam di setiap negara.

WarisAlam berpengalaman lebih 7 tahun mengendalikan pelbagai kursus Seni dan Budaya di semua peringkat umur. Hari ini WarisAlam turut mengendalikan sepenuhnya sebuah program Bahasa dan Budaya Melayu di sebuah sekolah di Kampong Chumnik, Kemboja.